1.7 Juta Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Scammer dan Rugi 4.4 Billion

Pihak polis telah mengeluarkan senarai 27 syarikat yang dikenal pasti sebagai skim cepat kaya dan menipu orang awam dengan menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal. Pada masa yang sama, syarikat DBI Technologi Sdn Bhd  yang diketuai oleh Boy Iman turut tersenarai. Syarikat kontroversi yang tengah hangat sekarang sedang disiasat oleh pihak polis berkenaan kes penipuan pembelian rumah mampu milik.

Kredit gambar thestar.com

Apa yang amat mendukacitakan anggaran mangsa penipuan 1.7 juta orang dengan kerugian hampir RM4.4 billion yang menjadi mangsa penipuan skim-skim ini sesuatu yang tak boleh diterima.

Antara punca mereka mudah terpengaruh adalah kekurangan ilmu, sifat tamak ataupun terpedaya dengan taktik promosi yang dijalankan oleh skim tersebut.

Nasihat saya, belajarlah ilmu kewangan yang betul. Usah biarkan sifat tamak menguasai diri. Kelaki diri sendiri juga yang biasa. Hadirilah mana-mana ceramah atau seminar kewangan yang ada. Belajarlah ilmu pelaburan yang betul Dekat negara kita banyak je peluang melabur ke tempat yang sah di sisi undang-undang.

Sebelum memulakan pelaburan pertama kena tahu dulu apa itu pelaburan??

Jika didekati apa-apa skim pelaburan, semaklah dahulu samaada berdaftar atau pun tidak. Jika pelaburan memberikan keuntungan yang langsung tak masuk akal, larilah jauh-jauh. Kebanyakan yang menjanjikan untung bulan-bulan adalah KARUT!

Sama juga dengan tawaran penjualan rumah mampu milik dengan kos yang murah. Semak lah dulu syarikat terbabit berdaftar dengan pihak berwajib atau pun tidak.

Akhir kata, dalam mencari rezeki, carilah rezeki berkat. Jauhi riba. Biar lambat kaya asal rezeki berkat.

 

Nota: Sebelum masuk pelaburan, belajarlah menguruskan duit dahulu. Duit pelaburan adalah datang dari duit simpanan. Dapatkan tips simpan duit>> TipsJimat.com

 

 

Please follow and like us:
error0