2020, Waktu Terbaik Beli Saham??

Semua tahu satu dunia dilanda wabak yang dasyat Covid19 dan menyebabkan berlakunya krisis ekonomi yang teruk. Pintu sempadan ditutup. Kapal terbang tidak boleh terbang menyebabkan bisnes penerbangan sekarang ibarat di hujung tanduk sekarang. Gaji pekerja terpaksa dipotong. Ada yang terpaksa ambil unpaid leave. Industri lain juga turut terjejas. Hampir 700,000 hilang pekerjaan di US.

Malaysia juga tidak dapat lari dari krisis ini. Malah menurut data dari Outbreak.my sehingga 15 April 2020, negara sudah pun mencatat kes positif Covid19 sebanyak 5072 orang dan kematian 83 orang.

Manakala Indeks KLCI mencatat penurunan YTD (year to date) sebanyak -12.65% bagi tahun 2020. Malah bermula 2018 -2019, Indeks KLCI sudah pun mencatat penurunan disebabkan banyak faktor dalaman ataupun luaran antaranya ketidak tentuan politik negara, kejatuhan ringgit, perang perdagangan antara China – US dan macam-macam lagi. Dan meneruskan kejatuhan pada tahun ini. Ini bukan pertama kali indeks negara mengalami kejatuhan teruk, ketika krisis mata wang asia pada tahun 1997 dan krisis subprima 2008 indeks KLCI juga jatuh teruk.

Carta menunjukkan pada tahun 1997, indeks jatuh sebanyak -76%, pada tahun 2008 indeks jatuh hampir -48%. Manakala dari tahun 2018-2020, indeks sudah pun jatuh -31%.

Adakah 2020 bakal menyaksikan lagi satu recession akan berlaku?Kita sudah pun berada dalam penghujung kitaran krisis ekonomi yang mana setiap 10 tahun sekali akan berlakunya krisis.

Adakah tahun ini waktu terbaik untuk beli saham? Adakah akan berlaku lagi kejatuhan indeks KLCI?

Bacaan lanjut 》》 Apa itu saham?

Persoalan ini mungkin sedang bermain di minda anda sekarang. Beli saham vs simpan wang? Yang mana lagi penting. Di saat waktu yang agak kritikal ini, sudah tentu menyimpan cash adalah sangat penting di saat waktu survival ini. Dalam masa yang sama, banyak saham-saham yang berkualiti sekarang tengah diskaun! Sudah tentu kita pun tak nak lepaskan peluang yang jarang kita dapat. Contohnya saham-saham di bawah ni.

Saham BIMB (Perbankan) telah jatuh sebanyak -27% dari tahun 2019
Saham myEg turut menyusut -33% selama setahun

Walaubagaimanapun, di sebalik krisis yang berlaku ada juga saham yang mampu bertahan dan tidak mengalami kejatuhan yang teruk. Contohnya saham Nestle. Mungkin di sebalik perintah kawalan pergerakan (PKP) orang masih keluar membeli.

Saham Nestle hanya mengalami kejatuhan -4.79% dalam tempoh setahun

Selain itu saham-saham dalam sektor perubatan agak rancak ketika wabak Covid19 sudahpun masuk ke Gelombang Ke-2. Antaranya saham dalam sektor pembuatan glove sepert Kossan, Topglove dan Hartalega.

Saham Kossan menunjukkan kenaikan ketika wabak Covid19 mula melanda awal Februari baru-baru ni.

Jika korang nak terlibat dalam pelaburan saham, pastikan korang ada ilmu yang secukupnya. Dan yang penting kena la ada akaun CDS dulu. Lepas tu kena la ada modal. Jangan sesekali meminjam semata-mata untuk beli saham. Buat kajian dulu.

Bacaan lanjut 》》 Akaun CDS?

Jadi jika dilihat, masa ini adalah waktu sesuai jika nak terlibat pelaburan saham ni. Lagipun mungkin negara kita juga memerlukan setahun atau 2 tahun untuk bangkit waktu pasca Covid19 nanti. Bolehlah korang tambah ilmu mengenai ilmu pelaburan ini. Fahami apa itu Fundamental Analysis? Apa itu Technical Analysis?

Boleh usha Sistemsaham.com untuk tahu lebih lanjut apa tu Technical Analysis.

Please follow and like us:
error0