Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?

Amanah Hartanah Bumiputera atau juga dikenali AHB adalah salah satu kategori unit trust awam selain daripada ASB (Amanah Saham Bumiputera).  Secara ringkasnya, ASB terlibat dalam ekuiti manakala AHB dalam pemilikan hartanah.

Dana AHB ini diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk turut serta dalam pemilikan hartanah tetapi melalui pemilikan unit dalam AHB sebagai unit holders.

Harga seunit dana ini adalam RM1.00 se unit dan ia adalah fixed. Dana ini uruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd sebagai Fund Manager dan Amanah Raya Trustee Berhad sebagai trustee. 

Dengan RM100 ringgit bersamaan 100 unit, kita sudah pun boleh melabur dalam ini melalui tunai manakala melalui wang KWSP bermula dengan RM1000.

Sumber: website Pelaburan Hartanah Berhad

Maklumat berkenaan AHB:

Saiz Dana:

4 billion unit (update terkini pada 29 September 2017)

Kewangan Tahunan Tamat:

30 September

Kelayakan:

Hanya terbuka untuk kaum Bumiputera dan Institusi Bumiputera

Caj Jualan:

Tiada caj jualan dikenakan

Minimum Permulaan Pelaburan:

Individu:

  1. 100 unit bersamaan RM100 untuk cash
  2. 1000 unit jika menggunakan skim pelaburan wang KWSP

Minimum Caruman Tambahan

Individu:

  1. 50 unit untuk cash
  2. 1000 unit untuk skim KWSP

 

maklumat lagi details sila rujuk di website Maybank 

Ini pula sejarah dividen dari tahun 2011 – 2015

 

Pada tahun 2016, PHB mengumumkan dividen pertama (interim) sebanyak 3.30 sen dan dividen kedua (final dividen) sebanyak 3.20 sen. Dan total dividen untuk 2016 adalah 6.50 sen. Pada saya jumlah ini agak berbaloi dikala keadaan ekonomi yang agak lembap berbanding dengan unit trust swasta yang kebanyakannya tidak mampu memberi keuntungan sebanyak ini.

Untuk melabur ke dalam dana ini, tuan puan bolehlah berkunjung ke Maybank atau Ambank untuk membuka akaun. Ataupun boleh rujuk website PHB  atau Maybank .

 

Nota: Selain AHB dan ASB, terdapat beratus lagi unit trust swasta yang boleh dilabur malah ada unit trust swasta yang mampu memberi keuntungan lebih baik dari kedua-keduanunit trust ini. Untuk tips melabur dalam unit trust boleh rujuk di sini>> Rahsia Unit Trust

Please follow and like us:
error0