Apa itu CCRIS dan Laporan Kredit?

 

Mengenai CCRIS

Gambar sekadar hiasan dari google

Apa itu CCRIS?

 

CCRIS atau nama penuhnya Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan segala maklumat yang dilaporkan oleh Biro Kredit. Sistem ini memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit.

Secara mudahnya, jika kita ada guna apa-apa fasiliti daripada mana-mana bank,segala data yang berkaitan akan dibekalkan kepada CCRIS.Contohnya jika kita ada memohon pembiayaan kereta dari Bank Islam,segala data berkaitan pembiayaan kita Bank Islam akan berikan kepada CCRIS ni.

Antara Maklumat yang Disimpan oleh CCRIS:

  • Maklumat peribadi peminjam seperti nama,no kad pengenalan,alamat dan sebagainya.
  • maklumat akaun kredit seperti jenis kemudahan kredit,had kredit, baki kredit belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang-undang, sekiranya ada.

Antara Institusi yang menyertai CCRIS kalian bolehlah rujuk di sini>> http://goo.gl/nRrbtU

Jika kalian ada keinginan untuk membeli rumah,kalian dinasihatkan untuk membuat semakan laporan kredit masing-masing.WAJIB SEMAK!!kalau boleh buatlah semakan 6 bulan awal sebelum membeli rumah.At least kalian ada masa untuk restructure laporan kredit tu.sebab apa?

Tahu tak kalian bank agak susah untuk meluluskan pemohonan yang mana pemohon mempunyai history payment tak berapa cun dengan bank.Maksudnya laporan CCRIS kalian rongak (loghat kelate).Dalam laporan tu ada tulis “1” atau “2” dekat kolum payment tu.Maksudnya ada payment bulan-bulan kalian sangkut.haha.Kalau lulus pun dengan kadar caj yang agak tinggi.

Lagi susah kalau kalian tak ada rekod langsung dengan CCRIS.maknanya kalian sombong dengan bank.Dan bank susah sikit berurusan dengan orang yang sombong.haha.

Bagaimana Cara Semakan CCRIS?

Semakan boleh dibuat di Kiosk CCRIS secara walk in di Bank Negara,Kuala Lumpur ataupun cawangan AKPK.Online pun boleh juga tapi kena tunggu beberapa hari sebelum laporan kredit dihantar melalui email dan kena cas.

Kalau walk in terus ke Bank Negara free sahaja.Dalam 2 minit boleh dapat.Memang senang!Yang penting kena bawa Kad Pengenalan.Maklumat lagi details bolehlah rujuk dekat website CCRIS.

Sekian,terima kasih

Please follow and like us:
error0