CARA BELI SAHAM DI BURSA SAHAM MALAYSIA

Tahukah anda orang awam macam kita pun boleh beli saham?? Bukan hanya institusi-institusi jerung seperti Tabung Haji, KWSP, Amanah Saham Bumiputera saja yang boleh beli, bilis-bilis macam kita pun boleh beli tapi of course kenalah ada ilmu cara nak main saham ni. Hehe..

Pertama kali sebelum nak belajar main saham ni, kenalah tahu apa itu saham??

Rujuk artikel >> Apa Itu Saham?

Ok. Kalau dah tahu serba sedikit mengenai saham tu

Kat mana nak beli saham ni?

Pernah dengar Bursa Malaysia? Dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) . Bursa Malaysia  adalah sebuah syarikat pemegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007. Segala urusan jual beli saham adalah dibawah Bursa Malaysia.

Kalau dulu orang nak beli saham kena pergi Bursa Malaysia dekat KL nuhh ataupun kena call dealer/remisier kalau nak beli. Sekarang ni melalui telefon dah boleh beli dah. Di bursa Malaysia, hampir seribu kaunter saham yang ada (rasa-rasa la) . Boleh google website Bursa Saham dan buat research sikit…

Banyak ke modal kena ada??

Sebelum bercakap modal, dah ada akaun CDS tak.?Akaun CDS ni adalah akaun yang membolehkan untuk kita beli saham. Kalau tak ada, tak boleh beli saham. Hehe. Hanya dengan RM10.60 dah boleh buka akaun CDS. Malah ada broker yang offer percuma. Kena pandai cari.

Baca kat sini >> Akaun CDS?

Secara umumnya, modal untuk beli saham ni tak banyak sebenarnya, dengan RM100 dah boleh beli dah. Sekurang-kurangnya 1 lot bersamaan 100 unit saham. Tapi agak tak berbaloi bila syarikat tersebut umumkan dividen. Sekurang-kurangnya RM5000 ke atas.

kredit kepada i3 investor

Contohnya saham Hubline ni harga semasa adalah 0.045 sen seunit. Kalau ikutkan 1000 unit pun baru RM45. Kalau kaunter ini mengumumkan dividen 2 sen seunit baru dapat 2 ringgit! Tak berbaloi kan?

Lebih baik buka akaun CDS dahulu walaupun modal tak banyak. Sekurang-kurangnya boleh rasa feeling beli saham ni macam mana. . Mulakan dengan jumlah yang kita sanggup rugi. Dalam pada masa yang sama belajar menyimpan dahulu.

Peruntukan sedikit duit untuk pelaburan ilmu. Contohnya hadiri kelas atau bengkel saham diadakan oleh sifu-sifu saham yang ada kat Malaysia ni. Kat Malaysia ni ramai sifu-sifu saham ni tapi kena hati-hati juga memilih. Hehe. Kalau bernasib baik boleh hadir seminar saham yang ditaja oleh broker atau bursa Malaysia.

Buat pembacaan melalui website/buku atau ebook mengenai saham ni. Boleh cuba baca buku tulisan Tuan Razali Razman antara salah seorang pelabur saham dan juga penulis untuk Rencanaringgit.com. Antara buku tulisan beliau ialah Bijak Melabur.

Boleh juga usha-usha bengkel/seminar yang berbayar. Kebiasaan harganya pun boleh tahan. Jangan terkejut kalau harga yurannya cecah ribuan ringgit. Hehehe..

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai dunia teknikal analisis, boleh follow

Sistemsaham.com

Please follow and like us:
error0