Cara Semak Laporan CCRIS

 

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ini aku sudah pun menulis sebuah entri mengenai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Kali ini aku akan berkongsi cara menyemak laporan CCRIS.

Antara Cara Membuat Semakan Ataupun Mendapatkan Laporan CCRIS:

Walk in terus ke Bank Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur

Ini bagi sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur ataupun sekitarnya.Dan inilah cara aku buat.Bagi yang naik LRT boleh turun di stesen Bandaraya dan bagi yang naik KTM boleh turun di stesen Bank Negara.Sampai je dekat Bank Negara,boleh tanya security guard di pintu masuk bangunan mana untuk buat semakan laporan CCRIS.Senang dan cepat.Hanya perlu membawa Kad Pengenalan dan print sendiri laporan tersebut di Kiosk.Setiap laporan yang diprint adalah PERCUMA!best kan.haha.Terdapat 4 kiosk di bangunan tersebut.Pilihlah mana satu yang korang nak guna.

Kiosk Cetak Laporan Kredit

Mesin Cetak Laporan Kredit

 

Kalau tengok dalam gambar,mesin inilah yang korang akan jumpa bila direct walk in ke HQ Bank Negara di KL.Macam mesin ATM kan.haha..Senang sahaja.Ikut sahaja langkah yang diterang di skrin mesin tu..Selepas siap print,akan keluar laporan kredit korang seperti gambar di bawah ni..

Contoh Laporan Kredit 1

Contoh Laporan Kredit 1

 

Inilah contoh laporan kredit.Laporan Kredit 1 tu aku pergi print pada 30/10/2015.Pada masa ini,aku belum ada apa-apa hutang dengan bank kecuali PTPTN.Disebabkan itu laporan pertama aku tu macam kosong.Tak ada info apa-apa.haha.Dan PTPTN pun belum masuk dalam CCRIS lagi.Tapi aku tiap-tiap bulan bayar tu.haha.Macam aku bagitahu dalam entri sebelum ni,bank agak susah untuk meluluskan financing (pembiayaan) rumah bagi sesiapa yang namanya tiada rekod CCRIS.Sebab bank susah nak tahu risiko/behaviour pemohon tersebut samaada jenis suka bayar tiap-tiap bulan atau suka tangguh.

Oleh sebab itu,aku terpaksa memohon benda yang paling aku tak suka pada awalnya iaitu kad kredit.haha.Akhirnya terpaksa juga aku apply kad kredit Islamik dari Maybank Islamik. Selepas hampir 3 bulan aku guna kad kredit,aku pergi cek balik dekat tempat sama.Itupun kad kredit aku guna untuk petrol dan beli barang dapur je.haha..Selepas 3 bulan inilah hasilnya.

Contoh Laporan Kredit 2

Contoh Laporan Kredit 2

 

Kalau tengok dekat bahagian kolum “bulan” yang aku bulatkan dengan tanda merah,ada simbol “0” 2 biji.haha.ini maksudnya nama aku dah ada dalam list CCRIS.“0” tu maksudnya rekod pembayaran aku selama 2 bulan memang cun.Sebab tiap kali aku guna kad kredit aku akan pastikan pembayaran dibuat sebelum due date.hehe.Kalau ada tanda “1” ataupun “2” itu maknanya laporan kredit tak berapa cun.Dan agak susah untuk lulus permohonan pembiayaan dari bank.Atau jika lulus sekalipun dengan kadar (rate) yang agak tinggi.Dalam laporan kredit 2 ni juga ada details berkenaan kad kredit yang aku guna.Dalamnya tercatat limit kad kredit,baki kad kredit yang masih belum jelas dan no kad kredit.So,bagi sesiapa yang nak apply kad kredit untuk masukkan namanya dalam CCRIS,pastikan ambil dari Islamik Banking.No RIBA!Selain dari cara ini,masih ada cara lain untuk dapatkan laporan kredit.

Antara cara-cara alternatif untuk dapatkan laporan kredit bolehlah rujuk di sini>> http://goo.gl/4EMtHl

Sekian,

Terima Kasih 🙂

 

Please follow and like us:
error0