Dividen KWSP

DIVIDEN KWSP 2019: 5.9% SIMPANAN SHARIAH & 6.15% SIMPANAN KONVENSIONAL

Pada 16 September 2019 iaitu sabtu lepas, KWSP telah pun mengumumkan kadar pengagihan dividen untuk sesi tahun 2018.

Kadar dividen yang diumumkan:

“SIMPANAN SHARIAH 5.9% MANAKALA SIMPANAN KONVENSIONAL 6.15%”

Dividen yang diumumkan ada penurunan berbanding dengan tahun 2017 dimana dividen simpanan shariah sebanyak 6.4% manakala simpanan konvensional adalah 6.9%

Pada hemah saya kadar dividen yang diumumkan boleh dikatakan agak berbaloi dalam keadaa ekonomi semasa yang agak mencabar pada tahun lepas termasuk prestasi Bursa Saham Malaysia yang tidak memuaskan pada tahun lepas

Mengikut akhbar digital The Edge, pendapatan KWSP pada tahun lepas majoritinya disumbangkan hasil keuntungan dari pelaburan ekuiti di Bursa Saham Malaysia walaupun ada penurunan sedikit berbanding tahun sebelumnya. Dan selebihnya hasi dari pelaburan lain seperti fixed income, bond, hartanah dan lain-lain.

Kredit kepada The Edge

Mungkin anda sebagai pencarum KWSP tidak tahu ke mana wang simpanan anda dilaburkan. Nah saya bagitahu,

Portfolio pelaburan KWSP:

  • 50% dalam pendapatan tetap (fixed income)
  • 39% dalam ekuiti (Bursa saham Malaysia)
  • 6% money market
  • 5% dalam hartanah

Sekurang-kurangnya tengok portfolio KWSP bolehlah tarik nafas sikit. Tak ada la agresit sangat pelaburan KWSP. Lebih separuh pelaburan KWSP di letakkan dalam instrument yang menjanjikan pendapatan yang stabil seperti fixed income dan money market.

Apa-apapun bersyukurlah. Masih menunggu kadar hibar yang bakal diumumkan Tabung Haji.

Tak mengharap sangat kalau tengok situasi TH sekarang. Kalau 2 atau 3% tu syukurlah. Kah!

Nota: Belajar cara melabur dalam saham dengan Sistemsaham.com

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *