Dosa Riba Ibarat Isytihar Perang Dengan Allah dan RasulNya??

[Bacalah Dengan Nama TuhanMu]

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam bab harta,ada 2 dosa besar yang berkaitan dengannya.Salah satunya adalah RIBA yang mana sesiapa yang terlibat dengan dosa ini seolah-olah dia telah mengisytihar “perang” dengan Allah s.w.t dan rasulNya (baca selawat)..

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(Surah Al Baqarah:279)

Kata Dr Zaharuddin Abd Rahman, memetik  dari Tafsir Al Qurtubi bahawa maksud ayat “peperangan dengan Allah dan rasul” adalah berbentuk “hakiki” (nyata) yang mana seolah-olah kita akan mengangkat senjata untuk berperang dengan Allah dan rasul di akhirat kelak. Sebagaimana dalam Al Quran ada ayat yang berbentuk “majazi” (perumpamaan)atau “hakiki” (nyata).Banyak lagi samaada dalil/nas dari Al Quran ataupun As Sunnah (hadis) berkaitan dengan pengharaman dan dosa riba.Antaranya sebuah hadis sahih…

Nabi sallallahualaihiwassallam bersabda:

Riba mempunyai 73 pintu,riba yang paling ringan(dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.-Al hadis

Hatta Imam Malik rahimahullah pernah berkata,“Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya”..

Moga kita sama-sama beristiqamah dalam mencari harta dan rezeki yang berkat.Ameen

Please follow and like us:
error0