add share buttons
Hartanah

Harga Rumah Di Luar Kemampuan Pembeli-Bank Negara

Data dari Bank Negara menunjukkan “median house price” di Malaysia pada 2014 adalah RM242,000. Nilai ini dikira pada harga mampu jika “median household income” adalah RM4,585.00

Walaubagaimanapun, harga rumah dibeberapa tempat tumpuan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah melebihi had kemampuan pendapatan isi rumah. Malah harga rumah di beberapa bandar tumpuan seperti KL, Petaling Jaya, Johor Bahru dan Georgetown juga dikia “unaffordable house”

Pemaju meminta Bank Negara longgarkan pemberiaan pinjaman/pembiayaan perumahan. Dalam masa yang sama meminta Kerajaan kurangkan cukai dan berikan insentif kepada mereka.

Bank Negara pula tegaskan hampir 70% pinjaman perumahan diluluskan dan meminta pemain industri hartanah untuk kurangkan kos dan bina lebih banyak “affordable houses”

 

Kredit: The Edge Financial Daily

Pening pula baca berita berkenaan harga rumah di Malaysia ni. Sorang suh buat lagi banyak rumah murah. Sorang lagi minta rendahkan cukai untuk maintain keuntungan diorang. Kita rakyat di bawah masih terkial-kial nak beli rumah.

Kita tak boleh nak salahkan kedua-dua parti atau Bank Negara semata-mata. Dalam masa yang sama, kita sebagai pengguna atau pembeli juga harus bijak menguruskan kewangan sendiri dan jangan berbelanja diluar kemampuan.

 

 

Apa pilihan kita ada??

+ Beli rumah lelong?Banyak juga rumah lelong yang murah.

+ Beli rumah subsale/secondhand? Pun boleh juga semata-semata hanya tempat untuk berteduh

+ Pohon skim perumahan kerajaan. Banyak je skim yang disediakan oleh kerajaan seperti RUMAWIP, PRIMA, Skim         Rumah Pertama BSN. Bolehlah usha.

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *