ISU CARUMAN KWSP:KENAPA PEKERJA MUSLIM PERLU MEMILIH 8%?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat

Baru-baru ini Datuk Seri Najib Tun Razak (PM kesayangan korang.hehe) telah pun mengumumkan pengubahsuaian #Bajet2016. Dan PM juga mengumumkan pengurangan caruman Kumpulan Wang Pekerja Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 3% yang akan bermula Mac ini. Ini hanya terpakai bagi pekerja-pekerja swasta. Berita penuh mengenainya bolehlah baca di  Sinar Harian.

Jika sebelum ini,caruman bagi pekerja adalah 11% dari GAJI BERSIH manakala majikan 13%,bermula Mac ini caruman pekerja hanyalah 8%(peratus caruman majikan kekal 13%).Contohnya jika gaji bersih anda RM3000,sebanyak RM240 (sebelum ini RM330) akan ditolak dari gaji untuk caruman KWSP.Bermakna korang akan ada lebihan sebanyak RM90.Ada yang marah selepas pengumuman ini.Ada yang kata wang persaraan mereka makin berkurang.Dan ada yang kata bagi sesiapa yang mengekal caruman 11% perlu membayar cukai lebih.Ini kerana KWSP memberi “option” bagi sesiapa yang hendak mengekalkan caruman KWSP 11%.Hanya perlu mengisi borang bagi sesiapa yang ingin mengekalkan caruman 11%.Kenyataan ini ada betulnya juga.

Tapi aku tetap memilih caruman 8% atas sebab-sebab tertentu.Sedangkan pengecualian cukai boleh digunakan semaksimum mungkin bagi mengelakkan daripada membayar cukai lebih.

Antaranya lebihan wang tersebut bolehlah digunakan untuk:

+Maksimumkan caruman Takaful dan fokus Annual Limit untul Medical Card (boleh dapat pengecualian cukai yang diberi KWSP)

+Lebihkan pembayaran Zakat(Juga ada pengecualian cukai)

+Beri sedekah(korangkan tak suka bagi duit korang dekat goverment.hehe)

+Beri dekat ibubapa

+Buat modal beli saham pun boleh(hehe)

Untuk lagi details bolehlah baca perkongsian Tuan Ezry Fahmy dan Ustaz Husni di facebook .Tambahan pula pelaburan KWSP sebelum ini memang tidak patuh syariah.Ini bukan isu baru kerana KSWP sebelum ini memang tiada Panel Shariah dalam organisasi mereka (sementara menunggu skim caruman patuh syariah yang bakal dilancarkan pada tahun 2017).Setiap tahun KWSP akan mengumumkan dividen dan sebenarnya dividen yang diumumkan itu telahpun bercampur dengan sumber yang syubhah ataupun haram disebabkan pelaburan KWSP yang tidak patuh syariah.Dan kita wajib membuat “clearance” terhadap dividen tersebut.Bagi yang nak mengekalkan caruman 11% tu bolehlah tengok video Dr Zaharuddin berkenaan cara untuk buat “clearance” dividen KWSP.Bagi yang mengambil caruman 8%,tetap perlu buat clearance ke atas dividen tersebut.

Cuma dengan caruman 8%,kita sudah mengurangkan nilai peratusan pelaburan yang tidak patuh syariah tersebut.Korang boleh cek sendiri Pelaburan Ekuiti (pelaburan saham di Bursa Malaysia) yang dibuat oleh KWSP dengan membaca laporan tahunan di website KWSP sendiri.Untuk lebih faham kenapa perlu memilih 8%,boleh baca perkongsian Tuan Ezry Fahmy dan Ustaz Husni.

Moga kita dipermudahkan dalam mencari rezeki yang berkat.Ameen 🙂

Artikel ini diupdate pada 20 Feb 2016

Please follow and like us:
error0