Penting ke Pengurusan Kewangan?


 

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU….

بسم الله الرحمن الرحيم

[URUS KEWANGAN DARI IBRAH SURAH YUSUF]

“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut,kemudian apa yang kamu tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan”-Surah Yusuf:47

“Kemudian akan datang selepas tempoh itu,tujuh tahun kemarau yang besar,yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya,kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)-Surah Yusuf:48

“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur,zaitun dan sebagainya)-Surah Yusuf:49

Apakah ibrah (pengajaran) yang kita dapat dari Kalamullah dalam Surah Yusuf ayat 47-49 ketika mana baginda diminta oleh Raja Mesir untuk menafsir mimpinya itu. Minta maaf kerana saya tak mampu memberi tafsiran penuh berkenaan ayat diatas disebabkan keterbatasan waktu dalam mencari sumber yang sahih.

Namun jika kita sulami makna ayat-ayat ini tak lain tak bukan adalah berkenaan pengurusan ekonomi/kewangan.Dari apa yang saya faham ayat 47 menyentuh tentang SIMPANAN

“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut”

Persoalannnya kenapa TUJUH tahun??

Manakala ayat 48 menyentuh mengenai PELABURAN

“….kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)

Ayat 49 pula menyentuh hasil dari pelaburan atau disebut sebagai Return On Investment(ROI).

“…dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur,zaitun dan sebagainya)”

Insyallah nanti saya akan hurai lebih lanjut mengenai ayat-ayat diatas dan lebih-lebih lagi saya ada baca mengenai kaitan ayat-ayat diatas dengan pengurusan kewangan dari buku RANCANG WANG DARI SEKARANG hasil tulisan Tuan Suzardi Maulan (PakDi) pemilik website PakDi.Net..nantikan ye 🙂

Please follow and like us:
error0