add share buttons
Saham

Apa itu saham?

Saham adalah pemilikan ekuiti dalam sesebuah syarikat berentiti bisnes.Jika kita membeli saham sesebuah syarikat, pembeli saham akan dinamakan sebagai shareholder. Untuk membeli saham, tak semestinya kena datang berjumpa ceo syarikat terbabit, sekarang ini kita boleh saja membeli melalui platform online iaitu melalui Bursa Malaysia. Amacam best tak??CEO syarikat tu pun tak kenal kita tapi kita sebagai shareholder layak untuk datang AGM (annual grand meeting) dan juga layak dapat dividen. Fuhhhh!Macam best kan?

Tapi sebelum tu kena lah ada akaun CDS baru boleh beli..Aduhhh.Amende pula CDS ni??

Baca >> Senarai Broker Saham Patuh Shariah Di Malaysia

Cara nak senang faham saham ni macam ni,

  1. Ali berniaga Nasi Lemak Anak Teruna di tepi jalan hadapan rumahnya. Nasi lemak Ali ni memang laku keras macam goreng pisang.Makin-makin lama makin famous. Kalau dulu sehari dapat jual 100 bungkus, makin lama meningkat kepada 1000 bungkus.
  2. Bisnes Nasi Lemak Anak Teruna Entreprise makin bagus, Ali pun buka restorannya sendiri dan mengambil staff. Bisnesnya bertambah maju.
  3. Ali merancang nak menambah cawangan restorannya dan memerlukan modal yang jutaan ringgit. Pergi pinjam bank kena bayar interest pula
  4. Maka Ali ambil keputusan untuk terbit saham syarikatnya di Bursa Malaysia supaya dapat kumpul modal dari orang awam. Apabila syarikatnya disenaraikan di Bursa Malaysia, orang awam macam kita pun bolehlah beli saham syarikat Ali.
  5. Kalau dulu syarikat hanya bergelar Entreprise, dan selepas itu berubah kepada Sdn Bhd. Sekarang syarikatnya sudah pun bertukar kepada Nasi Lemak Anak Teruna Berhad. Dengan modal dari orang awam, syarikat Ali berjaya menembusi pasaran luar negara.

Inilah analogi ringkas pasal beli saham ni..harap-harap fahamlah.hehe.

Definisi saham atau “shares” dari Investopedia,

“A unit of ownership interest in a corporation or financial asset. While owning shares in a business does not mean that the shareholder has direct control over the business’s day-to-day operations, being a shareholder does entitle the possessor to an equal distribution in any profits, if any are declared in the form of dividends. The two main types of shares are common shares and preferred shares”

Tahukah anda,orang awam macan kita juga boleh membeli saham-saham syarikat besar seperti Digi,Axiata,Maxis,Tenaga,KLCC yang mana tersenarai di Bursa Malaysia.

Warren Buffet antara pelabur tersohor dunia dan juga antara orang terkaya dunia juga membina kekayaan dengan pelaburan saham.

Bagaimana hendak membeli saham di Bursa Malaysia?nantikan artikel seterusnya..

Dikemaskini 11 Oktober 2017…

 

Nota: Dapatkan tips saham dari SistemSaham.com

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *