add share buttons
Saham

Buka Akaun CDS Saham: Akaun Direct atau Nominee?

Pada post sebelum ni, saya dah tulis berkenaan Senarai Broker Saham Islamic dan Non Islamic.  Belum baca? Boleh baca di link yang diberikan.

Dah tahu senarai broker yang ada, dah boleh pilih nak buka akaun CDS dengan broker mana. Tapi sebelum tu, kenalah tahu berkenaan akaun CDS ni.

Akaun CDS atau Central Depository System Account ni adalah akaun yang membolehkan para pelabur atau trader membeli saham. Tak ada akaun CDS tak boleh beli saham la bro..Hehe.

Akaun CDS ni ada 2 jenis samaada Direct Akaun atau Nominee. Masing-masing ada kelebihan antaranya:

  1. Direct Akaun
  • Akaun berdaftar atas nama kita sendiri
  • Layak untuk memohon saham IPO
  • Layak hadir ke mesyuarat agung tahunan (AGM). Even anda beli 1 lot pun layak taw.Best tak.Hehe
  • Laporan tahunan kewangan syarikat (annual report) akan dihantar terus ke alamat rumah anda
  • Layak dapat dividen dan akan dimasukkan terus ke akaun anda tanpa cas.

2.  Nominee Akaun

  • Tidak didaftarkan atas nama kita sendiri sebaliknya menggunakan nama broker itu sendiri (Cth: Hong Leong Nominee Tempatan)
  • Boleh digunakan untuk transaksi jual beli saham tetapi tidak boleh digunakan untuk memohon IPO.
  • Tak layak untuk hadir ke AGM.

Untuk nampak lagi detail perbezaan antara kedua-dua akaun ni, boleh tengok screenshot dibawah.

Credit to https://1-million-dollar-blog.com/

Nota: Dah ada CDS Akaun? So macam mana nak beli saham? Nak guna teknikal ke fundamental?Hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai teknik beli saham melalui analisis teknikal boleh usha di sini >> Sistem Saham

 

Related Post

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *