Senarai Broker Saham Patuh Shariah Di Malaysia

Sebelum kita boleh membuat pembelian kaunter saham di Bursa Malaysia, pelabur mestilah mempunyai CDS account (Central Depository System) dan trading account terlebih dahulu dengan mana-mana broker saham yang ada di Malaysia.

Secara umumnya, ada dua jenis broker saham samaada Islamic atau Non Islamic.

Apa beza kedua-duanya?

Apabila kita buka Akaun  Islamik, pelabur hanya boleh membeli kaunter-kaunter saham patuh shariah sahaja di Bursa saham. Berbeza dengan bukan Islamik yang mana pelabur boleh membeli kedua-duanya.

Sebagai pelabur muslim, kita disarankan untuk buka akaun Islamik untuk mengelakkan kita terjebak atau terbeli kaunter-kaunter tak patuh shariah. Lagi-lagi, ada akaun non islamic yang menjanjikan interest (riba) bagi baki duit yang terdapat dalam trading account.

Baca>>Buka Akaun CDS Saham : Akaun Direct atau Nominee?

Sekarang ni sudah ada lebih kurang 11 stockbroker yang menawarkan Islamic Trading Account. Jadi tiada alasan bagi kita untuk buka akaun Islamik.

Antaranya:

  1.  BIMB Securities
  2.  Maybank Investment Bank
  3.  CIMB Securities
  4.  Affin Hwang Capital
  5.  AmInvestment Bank
  6.  RHB Investment Bank
  7.  Kenanga
  8.  Jupiter Securities
  9.  Malacca Securities
  10.  Hong Leong Investment Bank
  11.  TA Securities

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/islamic-markets/products/bursa-malaysia-i/

Credit to Bursa.com

Credit to bursamalaysia.com

Anda bolehlah berurusan dengan wakil dealer/remiser dari setiap broker untuk buka akaun.

Nota: Ingin buat duit dengan saham melalui teknikal analisis. Sila klik di sini >> Sistem Saham

Please follow and like us:
error0