add share buttons
Uncategorized

Buat Duit Melalui Pasaran Saham Dengan Teknikal Analisis

Ada pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan melalui pasaran saham iaitu samada melalu trading (berniaga) atau invest (melabur).

Apa beza trading dan invest?

Bagi saya, dua cara tersebut adalah berbeza. Kebiasaan trader saham (orang yang buat trading) akan menggunakan analisis teknikal dalam membeli sesuatu kaunter saham. Teknikal analisis memerlukan kemahiran dalam menganalisis graph atau chart sesuatu saham. Manakala investor (orang yang invest) lebih menggunakan teknik analisis fundamental dalam membeli sesuatu saham.

Bagi saya, dua-dua cara ada kelebihannya masing-masing dan juga terdedah kepada kerugian jika para trader/investor tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Gambar Dari Google
   Gambar Dari Google

Sekarang saya hendak berkongsi mengenai trade saham melalui analisis teknikal walaupun saya sendiri lebih prefer dengan teknik fundamental, tetapi diluar sana memang ada yang buat keuntungan dalam masa yang singkat melalu trading.

Kebiasaan trader saham adalah mereka yang melabur atau term yang lebih tepat trade saham yang ingin meraih keuntungan dalam masa yang singkat samaada seminggu, sebulan ataupun 3 bulan. Kebiasaan juga mereka tidak mementingkan sangat fundamental sesebuah syarikat itu, tetapi mereka lebih tumpu menganalisa patern-pattern sesuatu chart saham tersebut.

Sesiapa yang mengunakan teknik ini, kenalah biasakan dengan istilah support, resistance, head and shoulder, double bottom dan macam-macam lagi.

Memang ada yang meraih keuntungan hampir 100% mahupun lebih dengan teknik ini dalam masa yang singkat. Namun ada juga yang rugi sebanyak itu. Ia masih bergantung kepada teknik ataupun ilmu yang kita gunakan itu adakah betul.

Teknik mana yang sesuai dengan kita?

Yang pertama, tuan puan kena bezakan antara melabur saham dan trade saham. Melabur saham memerlukan kepakaran dalam analisis kewangan syarikat dan perlu banyak membaca. Manakala trade saham, tuan puan perlu belajar mengenai pattern-pattern chart tertentu dalam saham.

Nota: Jika tuan puan ingin tahu lebih lanjut mengenai teknikal analisis, saya sarankan tuan puan baca ebook Sistem Saham ni. Ebook ini menceritakan lebih details mengenai teknikal analisis dan penulis juga menceritakan pengalamnnya membuat keuntungan ribuan ringgit dalam saham melalui teknik ni. Sila klik link ini >> Sistem Saham

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *