add share buttons
Unit Trust

Anda Labur Unit Amanah Dengan Wang KWSP?Bagaimana Prestasi Dana Anda Tahun Lepas?

KWSP sudah pun mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2018 sebagaimana artikel yang saya tulis sebelum ini.

Jika anda belum baca, jemput baca di sini DIVIDEN KWSP 2019: 5.9% SIMPANAN SHARIAH & 6.15% SIMPANAN KONVENSIONAL

Jika sebelum ini anda ada membuat pelaburan unit trust atau unit amanah melalui wang KWSP iaitu Akaun 1, sudahkah anda review pulangan pelaburan anda tahun lepas? Sudahkan ejen-ejen unit trust anda sudah update kepada anda mengenai prestasi pelaburan tahun lepas atau ejen anda sekadar berdiam diri?

Secara umum, prestasi Bursa Saham Malaysia pada tahun lepas agak kurang memuaskan, dan kebanyakan prestasi unit amanah juga memberikan pulangan negatif!

Dibawah adalah screenshot beberapa contoh prestasi dana dari kategori large cap dan mid cap yang diambil dari data Morningstar.

Prestasi Beberapa Dana Kategori Large Cap Shariah Untuk 2018 Memberi Pulangan Negatif
Kredit: Morningstar
Begitu juga prestasi dana kategori mid/small cap shariah bagi tahun lepas juga kebanyakan memberi pulangan negatif
Kredit: Morningstar

Jika dana anda juga memberi pulangan negatif pada tahun lepas, apa yang anda akan buat? Jual??

Jika ditanya saya, eloklah anda review balik matlamat anda mengeluarkan wang KWSP anda untuk melabur dalam dana tersebut. Berapakah lamakah matlamat pelaburan anda?

Jika dana yang anda laburkan itu dalam ekuiti, adalah sesuatu yang normal jika prestasi Bursa Saham ketika itu adalah negatif. Ini kerana prestasi Bursa Saham amat mempengaruhi pulangan dana unit trust yang melabur dalam ekuiti.

Ini kerana masih ada dana-dana lain yang positif. Kenapa 3 tahun? Terpulang kepada anda. Itu tempoh yang saya tetapkan bagi menilai sesuatu pelaburan.

“Jika dana yang anda pilih itu masih memberi pulangan negatif selama 3 tahun berturut-turut, bagi saya eloklah anda review balik samada tukar ke dana lain yang lebih positif”


Turun naik adalah sesuatu yang normal dalam pelaburan unit trust. Oleh sebab itu, agak tidak adil jika pelaburan itu untuk dinilai prestasinya dalam masa yang agak singkat. Bagi saya sekurang-kurangnya 3 tahun hingga 5 tahun diperlukan untuk membuat penilaian sama ada pelaburan kita itu menjadi ataupun tidak.

Dan bukan sahaja pelaburan itu menunjukkan prestasi yang positif, tetapi mampu memberi pulangan lagi baik berbanding apa yang diberi oleh KWSP sendiri.

Jika tidak buat apa kita keluarkan wang KWSP untuk melabur ke tempat lain jika pelaburan itu hasilnya tidak memuaskan??

Contoh satu dana unit trust yang memberi pulangan sekitar 6.00%++ untuk tempoh 3 dan 5 tahun
kredit: Morningstar

Walaubagaimanapun prestasi masa lepas sesuatu dana tidak boleh dijadikan kayu ukur atau jaminan dana tersebut akan menunjukkan prestasi yang bagus di masa hadapan. Banyak lagi faktor yang perlu di ambil kira.

Jadi jadilah pelabur yang bijak. Jangan sekadar menurut sahaja apa yang diperkatakan oleh ejen unit trust anda. Mungkin nanti saya akan tulis bagaimana nak semak prestasi dana-dana unit trust menggunakan sistem yang sediakan oleh pihak KWSP di website mereka.

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *