add share buttons
Urus Kewangan

Sebelum Memulakan Pelaburan Pertama, Apa Yang Perlu Diketahui?

Sebelum bercakap mengenai pelaburan, kita perlu faham apa itu maksud pelaburan itu dahulu.

Dari Investopedia,

“Investing is an act of committing money or capital to an endeavor with the expectation of obtaining an additional income or profit.”

Manakala Warren Buffet definisikan pelaburan sebagai:

“The process of laying out money now to receive more money in the future”

Dengan kata mudahnya pelaburan adalah proses duit buat lebih banyak duit atau duit bekerja untuk kita. Pelaburan adalah termasuk dalam kategori “passive income“. Oleh sebab itu, pelaburan adalah berbeza dengan berniaga kerana berniaga adalah kita bekerja untuk mendapatkan duit atau disebut sebagai “active income“.

Apabila kita sudah faham maksud pelaburan barulah kita boleh memilih medium-medium pelaburan yang sesuai dengan kemampuan kita.

Antara peluang pelaburan sah yang terdapat di negara kita:

+ Saham

+ Amanah Saham

+ Hartanah

+ REIT

+ Exchange Trade Funds (ETFs)

+ Emas

+ Sukuk/Bond

Ini adalah senarai-senarai peluang pelaburan yang ada dinegara kita. Daripada senarai di atas, 3 pelaburan yang famous di kalangan orang kita seperti saham, amanah saham dan hartanah. Walauapapun setiap pelaburan akan ada risikonya samaada risiko rugi ataupun untung. Maka kajilah terlebih dahulu sebelum kita memulakan apa-apa pelaburan.

Seelok-eloknya pergilah menuntut ilmu berkaitan pelaburan-pelaburan seperti di atas samaada melalui kelas-kelas/seminar-seminar yang dibuat oleh sifu-sifu dalam pelaburan terbabit ataupun melalui pembacaan buku.

Nota: Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ilmu pelaburan saham. Saya syorkan tuan puan baca ebook yang ditulis oleh Tuan Khairul Arifin Selamat. Ebook ini sesuai bagi sesiapa yang sudah ada ilmu basis tentang saham. boleh klik disini >> https://goo.gl/4NepNt  atau klik banner di bawah.

 

 

Related Post

Graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Optometri dari Universiti Teknologi MARA. Suka berkongsi mengenai kewangan. Moga apa yang dikongsi bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *